Thursday 31 December 2009

USRAH....???


MEH KITA BERKONGSI BERSAMA......
Usrah dan DakwaH...

1. Rukun ikatan “Usrah” ini tiga perkara yang mana hendaklah saudara memelihara serta
mengambil berat untuk bersungguh-sungguh menjayakannya supaya ikatan “usrah” tersebut tidaklah
semata-mata menjadi suatu beban yang tidak mempunyai sebarang erti. Tiga rukun tersebut ialah:
(1) Berkenalan; (2) Bersefahaman; dan (3) Berseimbangan.

2. Erti Berkenalan: “Berkenalan” di antara satu sama lain ialah rukun yang pertama bagi pengertian
“Usrah”; Oleh itu “ta’aruf” saudara-saudara hendaklah berkenal kenalan serta berkasih sayang dengan
semangat cinta kepada Agama Allah, dan hendaklah saudara-saudara menyedari serta memahami
pengertian hakikat “ukhuwah” (persaudaraan) sejati di antara sesama saudara saudara sendiri. Saudarasaudara
hendaklah berusaha bersungguh-sungguh supaya jangan ada apa pun juga yang boleh
mengerohkan perhubungan “ukhuwah” itu. Ini boleh saudara-saudara lakukan dengan jalan sentiasa
menjunjung titah perintah firman-firman Allah dan hadith-hadith Rasul, bahkan dengan jalan menjadikan
firman-firman dan hadith-hadith itu perkara perkara yang wajib diutamakan ke atas perkara-perkara yang
lainnya.
(Gambar Hiasan)

Wednesday 9 December 2009

Pengisian dalam Ijtimak Pelajar Islam Malaysia (IPIM)


(sila klik pada banner diatas untuk paparan lebih jelas)

IJTIMAK PELAJAR ISLAM MALAYSIA 09

OBJEKTIF :

  1. Menghimpunan pelajar Islam di seluruh Malaysia bagi menghubungkan silaturrahim di kalangan mereka
  2. Membentuk kesatuan fikrah islam untuk membina izzah Islam
  3. Menyedarkan peranan pelajar Islam bagi mengembalikan kegemilangan islam
  4. Melatih peserta untuk turun berdakwah dalam masyarakat dan bekerja untuk Islam.

KONSEP PROGRAM

1, Peserta sendiri berminat dan bersedia untuk ditarbiiyah, kawalan dan dorongan luar adalah sebagai pembimbing.

2. Tempat program berpusat di masjid . Adab dan tatatertib di masjid hendaklah di utamakan

3. Program tidak dikenakan bayaran. Sumbangan ikhlas itu lebih utama bagi membina budaya infak.

4. Tarbiyah aqidah, fikrah, ukhuwah dan rohani serta kerja dakwah diterapkan sepanjang program.

5. terbuka kepada pelajar 15 tahun ke atas

Keterangan lanjut hubungi : PENASIHAT PROGRAM CIKGU SUKARNO 019-5987842 sukarnohamid@yahoo.com

PENGARAH : - UST. NAJHI 0136044154 . SETIAUSAHA : Saudara Amin (bg peserta Muslimin ) – 013-4661669/ syababul_muslim91@yahoo.com.my , * Saudari Adilah (bg pserta Muslimat) -013-4929164/nisauddin_17@yahoo.com

http://ibnufathani.blogspot.com/



Monday 7 December 2009

Ayuh sahabat-sahabat!!




"Klik Di Sini

Untuk Maklumat lanjut


*Terbuka kepada semua pelajar Islam di seluruh negeri dalam Malaysia.

*Tiada sebarang yuran dikenakan.

* sangat bermanfaat kepada anda. Kenapa??? Kerana dapat menambah ilmu anda, kesedaran anda , karisma kepimpinan anda dan macam-macam lagi..Pasti anda tidak rugi punya!!!

*Anda berada di luar Kedah.?? Sila hubungi unit pengangkutan program

Muslimin : Zulfahmi Zamzam (0134602804)

Muslimat : Adibah bt Sharif (0134740825)

*pengangkutan disediakan dari stesen bas shahab ke tempat program

Untuk maklumat lanjut atau sebarang masalah anda boleh hubungi :

*Cikgu Sukarno – 019-5987842

*Saudara Amin (bg peserta Muslimin )
– 013-4661669/syababul_muslim91@yahoo.com.my

* Saudari Adilah (bg pserta Muslimat)
- 013-4929164/nisauddin_17@yahoo.com

Imam Al-Banna (Role Model Dunia Dakwah)

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Imam Hasan Al-Banna dilahirkan di desa Mahmudiyah kawasan Buhairah, Mesir tahun 1906 M. Ayahnya, Syaikh Ahmad al-Banna adalah seorang ulama fiqh dan hadits. 

Pada usia 12 tahun, atas anugerah Allah SWT, ia telah menghafal separuh isi Al-Qur’an.

Pada usia 14 tahun Hasan al Banna telah menghafal seluruh Al-Quran. Hasan Al Banna lulus dari sekolahnya dengan predikat terbaik di sekolahnya dan nomor lima terbaik di seluruh Mesir.

Pada usia 16 tahun, ia telah menjadi mahasiswa di perguruan tinggi Darul Ulum. Demikianlah sederet prestasi Hasan Al-Banna kecil sewaktu kecil.

Pada usia 21 tahun, beliau menamatkan studinya di Darul ‘Ulum dan ditunjuk menjadi guru di Isma’iliyah. Hasan Al Banna sangat prihatin dengan kelakuan Inggris yang memperbudak bangsanya. Masa itu adalah sebuah masa di mana umat Islam sedang mengalami kegoncangan hebat. 

Maka mulailah Hasan al Banna dengan dakwahnya. Dakwah mengajak manusia kepada Allah, mengajak manusia untuk memberantas kejahiliyahan (kebodohan).

Masa-masa sepeninggal Hasan Al-Banna, adalah masa-masa penuh cobaan untuk umat Islam di Mesir. Banyak murid-murid beliau yang disiksa, dijebloskan ke penjara, bahkan dihukum mati, terutama ketika Mesir di perintah oleh Jamal Abdul Naseer, seorang diktator yang condong ke Sovyet. Banyak pula murid beliau yang terpaksa mengungsi ke luar negeri, bahkan ke Eropa. Pengungsian bagi mereka bukanlah suatu yang disesali. Bagi mereka di mana pun adalah bumi Allah, di mana pun adalah lahan dakwah. Para pengamat mensinyalir, dakwah Islam di Barat tidaklah terlepas dari jerih payah mereka. Demikianlah, siksaan, tekanan, pembunuhan tidak akan memadamkan cahaya Allah. Bahkan semuanya seakan-akan menjadi penyubur dakwah itu sendiri, sehingga dakwah Islam makin tersebar luas.

PESANAN BELIAU

Wahai MUJAHID DAKWAH!
Puluhan tahun lamanya, pendengaran, pergaulan, ketekunan, kegiatan berjuang, kerana jerih payah dan pembantingan tulang yang tiada hentinya, engkau telah kaya dengan pengalaman.
Engkau sekarang telah jadi.
Engkau telah memiliki pengertian dan ukuran, engkau telah turut menentukan jarum sejarah seperti orang lama.
Engkau telah sampai pula ke batas sejarah, kini dan nanti.
Engkau telah memenuhi hidupmu dengan tekun dan sungguh, ikut memikul yang berat menjinjing yang ringan, membawa batubata untuk membangun gedung Ummat ini.
Engkau tebus semua itu dengan cucuran keringat dan airmata, kesengsaraan dan penderitaan.
Kawan hidupmu yang menyertaimu dalam segala suka dan duka, telah tak ada lagi.
Ia tak sempat menghantarmu sampai ke batas perhentian. Tengah jalan dia pulang, dan engkau
ditingga]kannya di daerah kesepian.
Di atas kuburnya telah tumbuh rumput, daunnya subur menghijau.
Bunga suci aku lihat tumbuh pula di atas pusara sepi itu.
Tangan siapa gerangan yang menanamnya, aku tak tahu.
Biarkan dia tumbuh menjadi. Akan tiba juga masanya bunga suci itu mekar-mengumtum.
Eva dan Sofia akan memetik dia kelak, akan mempersunting dia penghias sanggulnya.
Sudikah engkau menulis nisan-kenangan di atas kuburnya, sebagai tanda pembalas jasa, kerana dialah tolan
penolong engkau di medan bakti?

Salam Ukhwah

Dengan lafaz Bismillah , ana menaip tinta yang bakal ana kongsi dengan sesiapa saja..Semoga dengan terhasilnya blog ini ia akan menjadi wasilah kepada dakwah untuk semua..Insyallah doakan semoga ia sentiasa di updatekan...Islam Memimpin Perubahan...